BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 1, 2010

Apa Itu Dadah?


Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, mencuri dan melacurkan diri. 

       Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah seperti heroin, morfin dan ganja pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.

0 comments: