BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 1, 2010

Misi, Matlamat dan Objektif

Misi
Program yang dapat menyokong dan meningkatkan pendidikan kesihatan seluruh warga sekolah. Seterusnya, menjadi asas dalam membentuk satu Malaysia yang sihat.

Matlamat
Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang sihat, selamat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Objektif
Memastikan agar setiap sekolah dapat:
1.     Menetapkan polisi kesihatan sekolah
2.     Membina satu persekitaran sekolah yang menggalakkan amalan hidup sihat.
3.     Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti dalam program kesihatan sekolah.
4.     Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
5.     Pencegahan dan pengawalan dadah dalam kalangan pelajar.

Carta Organisasi Promosi Kesihatan














Bidang-bidang tugas AJK



Penasihat
·         Memantau setiap aktiviti yang dijalankan
·         Berperanan sebagai penasihat kepada AJK bawahan
Pengerusi
·         Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
·         Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya
·         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat
Naib pengerusi
·         Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi
·         Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi
·         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari masa ke semasa
Setiausaha

·         Menguruskan hal surat menyurat
·         Memcatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan
·         Mencatat kehadiran ahli
·         Meyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan
·         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari masa ke semasa
Bendahari
·         Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
·         Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab ke atas kesahsihannya
·         Menyediakan penyata kewangan bulanan dan tahunan sera menandatanganinya
·         Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
AJK buku program
·         Membuat buku program untuk aktiviti
AJK aktiviti
·         Membantu pengerusi merancang dan meyelaras aktiviti projek
·         Mempamerkan perancangan dan jadual tugasan
·         Memastikan jadual tugasan dilaksanakn oleh ahli
·         Sentiasa mengemaskini maklumat dan bahan
AJK dokumentasi
·         Mengambil gambar dan video untuk dijadikan laporan dokumentasi projek
·         Mengumpul minit mesyuarat untuk dimasukan ke dalam laporan akhir projek
·         Membuat laporan akhir projek sebagai kenang-kenangan
AJK keselamatan
·         Membuat jadual tugas keselamatan mengikut giliran
·         Memastikan keadaan persekitaran selamat
·         Memastikan setiap ahli memberi kerjasama
·         Memastikan barangan keselamatan projek lengkap
AJK peralatan
·         Menyenaraikan segala peralatan yang hendak digunakan
·         Menyediakan peralatan yang perlu diguna
·         Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak hilang
·         Memastikan peralatan selamat untuk digunakan
AJK pendaftaran
·         Menguruskan tempat pendaftaran
·         Menyediakan kaunter pendaftaran
·         Memastikan keperluan/borang-borang yang  diperlukan semasa pendaftaran
·         Membuat jadual penjagaan kaunter
AJK kebersihan
·         Bertanggungjawab memastikan keadaan di persekitaran bersih
·         Menyediakan tempat-tempat khas untuk membuang sampah
AJK kebajikan
·         Berkerjasama dengan AJK keselamatan untuk menjaga kebajikan pelajar
·         Menyediakan ubat-ubatan untuk kes kecemasan
·         Membawa pelajar ke klinik atau hospital jika perlu

Pengumpulan Dana Bagi Program Anti Dadah

FOOD & FUN FAIR 2010
Satu “food & fun fair” telah dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Ti-RATANA di SMK SKPK JALAN BATU, Brickfields pada pukul 9 pagi hingga 2 petang. Aktiviti ini bertujuan untuk menabung dana.

Aktiviti jual makan dan minuman  daripada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Penyediaan hadiah kepada stor-stor perhiasan terbaik.


KEM PERPADUAN DIADAKAN UNTUK MENYUMBANG DANA.
Kem Perpaduan  telah dilaksanakan pada 2/4/2010 (Jumaat) hingga 3/4/2010 (Sabtu). Kem ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara pelajar dan membina perwatakan diri.







Bersedia untuk bertolak ~

 Motivasi daripada Ms Jacintha.

Permainan perpaduan

 Permainan  Kakiku-kakimu

persembahan daripada semua pelajar


hadiah diberikan kepada kumpulan yang terbaik !




Mini Pertandingan Bola Keranjang


Sesi Penyampaian Hadiah dan Bergambar

Apa Itu Dadah?


Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, mencuri dan melacurkan diri. 

       Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah seperti heroin, morfin dan ganja pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.

Jenis-Jenis Dadah

Depresen (Dadah Penekan)

Inhalant

Opium

Kanabis

Psikotropik

Halusinogen

Stimulan

Simptom-simptom Pengambilan DadahI

Kemerosotan prestasi dan displin kerja

Seseorang yang mengambil Dadah akan mengalami kemerosokan prestasi dan displin di tempat kerja kerana fikiran penagih Dadah lebih kepada hayal dengan dunia fantasi. Selain itu, penagih Dadah lebih menumpukan perhatian bagaimana cara untuk mendapatkan bekalan Dadah agar tidak terputus.

 Marah dan meradang tidak tentu sebab
Penagih Dadah akan cepat marah tidak tentu pasal dan meradang lebih-lebih lagi apabila kehabisan bekalan Dadah. Hal ini kerana apabila penagih Dadah kehabisan bekalan Dadah, jiwa akan jadi tidak tenteram dan badan penagih akan terketar-ketar. Penagih akan marah-marah tidak tentu pasal dan biasanya yang menjadi mangsa ialah orang disekeliling dan yang mempunyai hubungan rapat dengan si penagih.

Turun berat badan yang melampau dan tidak bermaya
Selain itu, simptom yang dapat dikesan apabila seseorang itu mengambil Dadah ialah penurunan berat badan yang melampau dan kelihatan tidak bermaya. Biasanya penagih Dadah tidak akan makan makanan yang berkhasiat tetapi hanya mengharapkan bekalan Dadah semata-mata untuk meneruskan kehidupan. Penagih Dadah juga tidak bermaya untuk melakukan sebarang pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian.
Kemerosotan paras rupa, kebersihan diri, tidak ceria dan muka jadi pucat
Dari segi penampilan pula, penegih Dadah mengabaikan ketrampilan diri dan kebersihan diri juga tidak terurus. Selain daripada itu penagih Dadah tidak menampakkan riak muka yang ceria serta muka nampak pucat umpama “Hidup segan mati tidak mahu”.

Parut dan bekas suntikan di lengan
Untuk mengesan seseorang itu ialah penagih Dadah, simptom seperti parut dan bekas suntikan dilengan boleh dilihat pada penagih kerana penagih Dadah akan menyuntik bekalan Dadah pada bahagian tersebut. Tangan penagih Dadah biasanya banyak parat kerana penagih kerap kali menyuntik tangan untuk memasukan Dadah melalui urat-urat.
Selalu mengaru terutamanya di bahagian hidung dan berkelakuan aneh
Penagih Dadah juga mempunyai satu kebiasaan iaitu selalu mengaru-garu terutamanya pada bahagian hidung dan hidung penagih Dadah akan sentiasa berair dan mata juga kemerah-merahan. Penagih Dadah juga berkelakuan aneh seperti tiba-tiba ketawa atau menangis tanpa sebab. Hal ini kerana penagih Dadah banyak berhayal dan tenggelam dengan dunia fantasinya yang tersendiri.

Selalu memecilkan diri, rumah kosong, masuk ke dalam semak dan tempat yang tiada orang
Penagih Dadah biasanya akan mencari tempat yang tersembunyi seperti rumah kosong, semak-semak dan juga tempat yang tiada orang untuk menghisap Dadah agar tidak diketahui oleh orang ramai akan kegiatan kotor yang telah dilakukannya. Biasanya Penagih dadah ini tidak suka orang mengetahui perbuatan kotor yag telah mereka lakukan.

Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya
Selain daripada itu, apabila seseorang menjadi penagih Dadah secara langsung dia akan meninggalkan kehidupan aktifnya semasa sebelum bergelar penagih Dadah. Jika dahulunya dia seorang yang aktif dalam bidang sukan, minatnya akan hilang secara tiba-tiba apabila apabila sudah terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat ini. Kehidupan yang dilalui oleh penagih Dadah sangat kotor dan berhadapan dengan cacian masyarakat.

Kerap meminjam wang tanpa membayar balik
Simptom yang dapat dikesan pada penagih dadah juga ialah kerap meminjam wang tanpa membayar balik. Hal ini kerana penagih Dadah memerlukan wang untuk menbeli bekalan Dadah. Penagih Dadah tidak boleh keputusan stok kerana apabila keputusan stok penagih akan menjadi resah dan badan terketar-ketar. Biasanya yang menjadi mangsa tempat penagih meminjam wang ialah ahli keluarga sendiri, saudara mara dan juga kawan-kawan.

Suka melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah dan kedai
Penagih Dadah juga suka melakukan kegitan mencuri di sekoalh, rumah dan kedai. Hal ini kerana penagih Dadah begitu terdesak untuk mendapatkan bekalan Dadah sehingga sanggup mencuri duit malah lebih dasyat lagi penagih Dadah ini sanggup membunuh demi memenuhi kehendak dirinya yang sudah ketagih degan najis Dadah.

Meminta wang yang berlebihan dari ibu bapa
Selain daripada itu, penagih Dadah juaga selalu meminta wang yang berlebihan dari ibu bapa iaitu melebihi dari perbelanjaan seharian yang diperlukan. Hal ini kerana wang tersebut digunakan untuk mendapatkan bekalan Dadah daripada pembekal dadah. Seperti yang diketahui harga Dadah sangat mahal untuk dimiliki, tetapi akibat ketagihan yang dialami oleh penagih Dadah ini, mereka akan sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan bekalan Dadah sehingga sanggup menghalalkan yang haram.

Berdamping dengan mereka yang diketahui penagih
Pokok permulaan penagih Dadah ini sebelum bergelar penagih Dadah ialah selalu berdamping atau bergaul dengan mereka yang diketahui penagih. Para penagih Dadah ini akan berkumpul bersama-sama dan melakukan kegiatan kotor bersama-sama malah saling bertukar-tukar jarum suntikan antara satu sama lain.

Punca-punca Pengambilan Dadah

Keseronokan
Pada mulanya, kebanyakkan penagih Dadah ini mengambil Dadah adalah sekadar untuk keseronokan semata-mata. Walau bagaimanapun tindakan yang dilakukan membawa padah pada diri mereka sendiri kerana jika seseorang itu sudah terjebak dengan najis Dadah maka dia akan hayal dan merasa seronok dan lama kelamaan akan ketagih. Keseronokkan yang dikecapi oleh penagih Dadah ini hanya sementara sahaja kerana penagih perlu sentiasa mendapatkan bekalan Dadah untuk mendapatkan keseronokan tetapi cara ini hanya akan merosakkan diri penagih itu sendiri.

Perasaan ingin tahu
Punca yang dapat dikesan juga ialah, perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri seseorang lebih-lebih lagi pasa peringkat usia remaja. Remaja lebih terdorong untuk mencuba sesuatu tag belum pernah dicubanya. Apabila tersalah pilih jalan maka masa depan remaja tersebut akan musnah. Misalnya seseorang yang ingin mencuba mengambil Dadah atas alasan ingin mencuba dan ingin tahu adalah salah kerana seperti yang diketahui Dadah boleh membuat seseorang ketagih apabila mengambilnya. Oleh itu walaupun seseorang terasa ingin mencuba, dia kena fikir baik dan buru apabila mengambil najis Dadah ini.

Rawatan perubatan
Ada sesetengah orang yang terjebak dengan Dadah ini pada mulanya hanya sekadar sebagai rawatan perubatan tetapi apabila sudah terbiasa bergantung pada ubat yang boleh dikategorikan sebagai Dadah ini lama-kelamaan seseorang itu akan menjadi ketagih dan tidak boleh keputusan bekalan agar sentiasa nampak sihat. Cara sebegini akan memudaratkan seseorang apabila tidak  mengambil langkah yang sepatutnya.

Terkena secara tidak sengaja
Selain itu, ada juga yang terkena secara tidak sengaja. Misalnya seseorang yang terkena secara tidak sengaja apabila ada yang mengkhianati dengan cara memasukan Dadah ke dalam minuman seseorang. Atau seseorang telah diberikan suntikan yang tidak diketahui akan kandungan suntikan yang telah diberikan.

Mengatasi tekanan jiwa
Punca-punca yang dapat dikesan juga ialah seseorang yang mengambil Dadah ini adalah untuk mengatasi tekanan jiwa. Biasanya golongan yang mengambil Dadah disebabkan oleh tekanan ini ialah seperti sesetangah mahasiswa universiti kerana mereka memerlukan Dadah supaya dapat mengatasi tekanan serta beban kerja yang dialami begitu banyak.

Faktor Pengaruh Sekolah
Remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik (T. Marimuthu, 1980).
Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti remaja. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan, sebaliknya pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Ini boleh menyebabkan remaja menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya.
Di samping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lecey, 1970). Hal ini seterusnya menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah, kerana semangat untuk belajar kian luntur dari diri remaja terbabit. Apabila gejala ponteng telah menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka pelbagai pengaruh negatif akan melanda remaja tersebut antaranya ialah penyalahgunaan dadah.


Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya (Beyth-Marom, et al., 1993; Conger, 1991; Deaux, et al, 1993; Papalia & Olds, 2001)
Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tdak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan memenuhi peraturan, begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat social positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.
Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif.
Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru dalam peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah.

Faktor Masyarakat

Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi ini turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain.
Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah penyalahgunaan dadah.2.6   Faktor Diri Sendiri (Rasa Ingin Tahu)
Faktor lain yang membawa kepada berlakunya penagihan dadah adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Sebagai contohnya fenomena lumba haram, di mana mereka ingin menunjukkan belang mengecap keseronokan bersama rakan sebaya.
Selain itu juga, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut dengan gaya, cara hidup lain daripada yang lain. Jika tidak kena pada caranya, masalah seperti hamil luar nikah mudah terjadi. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) menyataka, sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah di kalangan remaja. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima. Perkara sedemikian hanya mengundang pada keruntuhan akhlaknya sendiri.
Masalah jenayah seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, “Masalah dadah yang merupakan masalah utama, masih merupakan ancaman besar negara” (Utusan Malaysia, 2004). Ini membuktikan, betapa seriusnya masalah dadah yang kebanyakan penagihnya tediri daripada golongan remaja.
Selain itu, remaja sering dilabelkan sebagaimoodiness kerana sekiranya remaja gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa pada masalah remaja seperti penyalahgunaan dadah,delinkuensi dan kecenderungan hendak membunuh diri. Menurut penterjemah buku berjudul Psikologi Pendidikan iaitu noran Fauziah Yaakub (1991), beliau menyatakan sebab utama berlakunya delinkuensi adalah perasaan kekecewaan. Keadaan ini menunjukkan remaja yang mengalami tekanan dalam diri cenderung melakukan masalah. Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam pelbagai perkara negatif seperti mengambil dadah.
Menurut Dr. Syed Hasan Ahmad (2004) menyatakan, “Apabila remaja membuat andaian bahawa ibu bapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga terbabit, remaja itu akan berasa marah, kecewa dan memendam perasaan.” Keadaan ini membawa pada perilaku yang tidak baik seperti vandalisme, lepak, dan penyalahgunaan dadah kerana mereka ingin mengelak daripada berada di rumah. Andaian yang dibuat oleh remaja ini memjejaskan hubungan antara ahli keluarga dan sekiranya tidak diatasi pasti semakin seriuslah masalah remaja. Begitu juga dengan apa yang diperkatakan oleh pakar motivasi iaitu Rubiah Hamzah (Utusan malaysia, 1999) iaitu sikap marah dan tidak puas hati dapat memberi kesan negatif dan positif. Kesan negatif adalah apabila seorang itu mengambil sikap berdiam diri serta memendam rasa tanpa mahu meluahkan atau menceritakan masalah yang membelenggu diri kepada orang lain.
3.0
KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DARI SUDUT
PSIKOLOGI
3.1
Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Fizikal Remaja
Dadah yang disalahguna mempunyai implikasi atau risiko yang menjejaskan kesihatan tubuh badan manusia. Setiap jenis dadah yang diambil mempunyai tindak balas yang berbeza. Sebagai contoh kesan pengambilan dadah jenisStimulants (Perangsang) sepertiamphetamine menyebabkan seseorang mengalami perubahan tekanan darah, berpeluh, muntah, kehilangan berat badan, sakit dada, koma dan lain- lain. Malahan, kesan jangka panjang hasil pengambilan dadah tersebut berkemungkinan diserang sakit jantung yang menyebabkan kematian.
Secara rasionalnya, perkembangan fizikal remaja akan terjejas akibat penyalahgunaan dadah. Menurut teori tugas perkembangan Havinghurst, di peringkat remaja seseorang manusia mengalami pertumbuhan fizikal yang pesat. James E. Gardner menyebut fasa remaja sebagai masa turbulence (masa penuh gelojak). Di peringkat ini, remaja perempuan cenderung untuk menjaga penampilan diri supaya