BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 1, 2010

Simptom-simptom Pengambilan DadahI

Kemerosotan prestasi dan displin kerja

Seseorang yang mengambil Dadah akan mengalami kemerosokan prestasi dan displin di tempat kerja kerana fikiran penagih Dadah lebih kepada hayal dengan dunia fantasi. Selain itu, penagih Dadah lebih menumpukan perhatian bagaimana cara untuk mendapatkan bekalan Dadah agar tidak terputus.

 Marah dan meradang tidak tentu sebab
Penagih Dadah akan cepat marah tidak tentu pasal dan meradang lebih-lebih lagi apabila kehabisan bekalan Dadah. Hal ini kerana apabila penagih Dadah kehabisan bekalan Dadah, jiwa akan jadi tidak tenteram dan badan penagih akan terketar-ketar. Penagih akan marah-marah tidak tentu pasal dan biasanya yang menjadi mangsa ialah orang disekeliling dan yang mempunyai hubungan rapat dengan si penagih.

Turun berat badan yang melampau dan tidak bermaya
Selain itu, simptom yang dapat dikesan apabila seseorang itu mengambil Dadah ialah penurunan berat badan yang melampau dan kelihatan tidak bermaya. Biasanya penagih Dadah tidak akan makan makanan yang berkhasiat tetapi hanya mengharapkan bekalan Dadah semata-mata untuk meneruskan kehidupan. Penagih Dadah juga tidak bermaya untuk melakukan sebarang pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian.
Kemerosotan paras rupa, kebersihan diri, tidak ceria dan muka jadi pucat
Dari segi penampilan pula, penegih Dadah mengabaikan ketrampilan diri dan kebersihan diri juga tidak terurus. Selain daripada itu penagih Dadah tidak menampakkan riak muka yang ceria serta muka nampak pucat umpama “Hidup segan mati tidak mahu”.

Parut dan bekas suntikan di lengan
Untuk mengesan seseorang itu ialah penagih Dadah, simptom seperti parut dan bekas suntikan dilengan boleh dilihat pada penagih kerana penagih Dadah akan menyuntik bekalan Dadah pada bahagian tersebut. Tangan penagih Dadah biasanya banyak parat kerana penagih kerap kali menyuntik tangan untuk memasukan Dadah melalui urat-urat.
Selalu mengaru terutamanya di bahagian hidung dan berkelakuan aneh
Penagih Dadah juga mempunyai satu kebiasaan iaitu selalu mengaru-garu terutamanya pada bahagian hidung dan hidung penagih Dadah akan sentiasa berair dan mata juga kemerah-merahan. Penagih Dadah juga berkelakuan aneh seperti tiba-tiba ketawa atau menangis tanpa sebab. Hal ini kerana penagih Dadah banyak berhayal dan tenggelam dengan dunia fantasinya yang tersendiri.

Selalu memecilkan diri, rumah kosong, masuk ke dalam semak dan tempat yang tiada orang
Penagih Dadah biasanya akan mencari tempat yang tersembunyi seperti rumah kosong, semak-semak dan juga tempat yang tiada orang untuk menghisap Dadah agar tidak diketahui oleh orang ramai akan kegiatan kotor yang telah dilakukannya. Biasanya Penagih dadah ini tidak suka orang mengetahui perbuatan kotor yag telah mereka lakukan.

Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya
Selain daripada itu, apabila seseorang menjadi penagih Dadah secara langsung dia akan meninggalkan kehidupan aktifnya semasa sebelum bergelar penagih Dadah. Jika dahulunya dia seorang yang aktif dalam bidang sukan, minatnya akan hilang secara tiba-tiba apabila apabila sudah terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat ini. Kehidupan yang dilalui oleh penagih Dadah sangat kotor dan berhadapan dengan cacian masyarakat.

Kerap meminjam wang tanpa membayar balik
Simptom yang dapat dikesan pada penagih dadah juga ialah kerap meminjam wang tanpa membayar balik. Hal ini kerana penagih Dadah memerlukan wang untuk menbeli bekalan Dadah. Penagih Dadah tidak boleh keputusan stok kerana apabila keputusan stok penagih akan menjadi resah dan badan terketar-ketar. Biasanya yang menjadi mangsa tempat penagih meminjam wang ialah ahli keluarga sendiri, saudara mara dan juga kawan-kawan.

Suka melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah dan kedai
Penagih Dadah juga suka melakukan kegitan mencuri di sekoalh, rumah dan kedai. Hal ini kerana penagih Dadah begitu terdesak untuk mendapatkan bekalan Dadah sehingga sanggup mencuri duit malah lebih dasyat lagi penagih Dadah ini sanggup membunuh demi memenuhi kehendak dirinya yang sudah ketagih degan najis Dadah.

Meminta wang yang berlebihan dari ibu bapa
Selain daripada itu, penagih Dadah juaga selalu meminta wang yang berlebihan dari ibu bapa iaitu melebihi dari perbelanjaan seharian yang diperlukan. Hal ini kerana wang tersebut digunakan untuk mendapatkan bekalan Dadah daripada pembekal dadah. Seperti yang diketahui harga Dadah sangat mahal untuk dimiliki, tetapi akibat ketagihan yang dialami oleh penagih Dadah ini, mereka akan sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan bekalan Dadah sehingga sanggup menghalalkan yang haram.

Berdamping dengan mereka yang diketahui penagih
Pokok permulaan penagih Dadah ini sebelum bergelar penagih Dadah ialah selalu berdamping atau bergaul dengan mereka yang diketahui penagih. Para penagih Dadah ini akan berkumpul bersama-sama dan melakukan kegiatan kotor bersama-sama malah saling bertukar-tukar jarum suntikan antara satu sama lain.

0 comments: