Keseronokan
Pada mulanya, kebanyakkan penagih Dadah ini mengambil Dadah adalah sekadar untuk keseronokan semata-mata. Walau bagaimanapun tindakan yang dilakukan membawa padah pada diri mereka sendiri kerana jika seseorang itu sudah terjebak dengan najis Dadah maka dia akan hayal dan merasa seronok dan lama kelamaan akan ketagih. Keseronokkan yang dikecapi oleh penagih Dadah ini hanya sementara sahaja kerana penagih perlu sentiasa mendapatkan bekalan Dadah untuk mendapatkan keseronokan tetapi cara ini hanya akan merosakkan diri penagih itu sendiri.
Perasaan ingin tahu
Punca yang dapat dikesan juga ialah, perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri seseorang lebih-lebih lagi pasa peringkat usia remaja. Remaja lebih terdorong untuk mencuba sesuatu tag belum pernah dicubanya. Apabila tersalah pilih jalan maka masa depan remaja tersebut akan musnah. Misalnya seseorang yang ingin mencuba mengambil Dadah atas alasan ingin mencuba dan ingin tahu adalah salah kerana seperti yang diketahui Dadah boleh membuat seseorang ketagih apabila mengambilnya. Oleh itu walaupun seseorang terasa ingin mencuba, dia kena fikir baik dan buru apabila mengambil najis Dadah ini.
Rawatan perubatan
Ada sesetengah orang yang terjebak dengan Dadah ini pada mulanya hanya sekadar sebagai rawatan perubatan tetapi apabila sudah terbiasa bergantung pada ubat yang boleh dikategorikan sebagai Dadah ini lama-kelamaan seseorang itu akan menjadi ketagih dan tidak boleh keputusan bekalan agar sentiasa nampak sihat. Cara sebegini akan memudaratkan seseorang apabila tidak mengambil langkah yang sepatutnya.
Terkena secara tidak sengaja
Selain itu, ada juga yang terkena secara tidak sengaja. Misalnya seseorang yang terkena secara tidak sengaja apabila ada yang mengkhianati dengan cara memasukan Dadah ke dalam minuman seseorang. Atau seseorang telah diberikan suntikan yang tidak diketahui akan kandungan suntikan yang telah diberikan.
Mengatasi tekanan jiwa
Punca-punca yang dapat dikesan juga ialah seseorang yang mengambil Dadah ini adalah untuk mengatasi tekanan jiwa. Biasanya golongan yang mengambil Dadah disebabkan oleh tekanan ini ialah seperti sesetangah mahasiswa universiti kerana mereka memerlukan Dadah supaya dapat mengatasi tekanan serta beban kerja yang dialami begitu banyak.
Faktor Pengaruh Sekolah
Remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik (T. Marimuthu, 1980).
Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti remaja. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan, sebaliknya pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Ini boleh menyebabkan remaja menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya.
Di samping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lecey, 1970). Hal ini seterusnya menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah, kerana semangat untuk belajar kian luntur dari diri remaja terbabit. Apabila gejala ponteng telah menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka pelbagai pengaruh negatif akan melanda remaja tersebut antaranya ialah penyalahgunaan dadah.
Faktor Pengaruh Rakan Sebaya
Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya (Beyth-Marom, et al., 1993; Conger, 1991; Deaux, et al, 1993; Papalia & Olds, 2001)
Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tdak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan memenuhi peraturan, begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat social positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.
Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif.
Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru dalam peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah.
Faktor Masyarakat
Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi ini turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain.
Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah penyalahgunaan dadah.
0 comments:
Post a Comment